Tuesday, June 2, 2009

Melawat Bekas Guru SMKSA sempena sambutan Hari Guru


Pada hari Isnin 18hb Mei yang lalu, jam 10 pagi Persatuan telah mengadakan aktiviti tahunannya iaitu Lawatan ke rumah bekas guru SMKSA sempena Sambutan Hari Guru yang di sambut pada 16hb Mei setiap tahun. Pada tahun ini Persatuan hanya dapat menziarahi seorang guru sahaja. Guru yang dilawati ialah Cikgu Shamtaifah bt Mohd Noor. Beliau telah mengajar di SMKSA dari tahun 1973 sehinggalah tahun 1990, mengajar mata pelajaran Sains Rumahtangga (SRT) dan juga mata pelajaran Bahasa Malaysia.


Persatuan telah memberi cenderahati berupa 'bakul buah-buahan'. Cikgu Shamtaifah masih aktif dengan program masakn selain berkebun. Banyak bunga ditanam dirumah beliau. Selain itu beliau selalu juga membuat lawatan ke luar negara bersama suaminya. Selamat Hari Guru Cikgu - Jasamu dikenang.