Sunday, March 22, 2009

Cara-cara permohonan untuk menjadi ahli Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA

Semua bekas pelajar Sekolah Perempuan Kampong Baharu dan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma adalah layak untuk memohon menjadi ahli persatuan ini. Keahlian terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu ahli biasa, ahli seumur hidup dan ahli kehormat. Untuk menjadi ahli biasa anda dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM5.00 dan Yuran Tahunan juga sebanyak RM5.00 sementara keahlian ahli seumur hidup anda dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM5.00 dan Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM100.00 sahaja. Ahli Kehormat pula adalah terdiri daripada guru-guru yang pernah mengajar di sekolah ini.

Marilah semua warga KBGS/SMSA mendaftar menjadi ahli Persatuan sekolah tercinta kita ini. Bagi keahlian Ahli Seumur Hidup pihak Persatuan sedang bercadang untuk membuat 'badge' atau 'pin' di dada untuk memberikan sedikit keistimewaan kepada ahli yang telah memberikan komitmen seumur hidup terhadap Persatuan ini.

Borang keahlian boleh didapati melalui email di alamat: alumniasma@gmail.com. Emailkan ke alamat tersebut dengan tajuk borang keahlian dan pihak Persatuan akan mengemailkan borang tersebut kepada anda. Anda bolehlah mengembalikan borang tersebut bersama-sama yuran sama ada melalui cek di atas nama "Persatuan Bekas Penuntut KBGS/SMSA" atau wang pos ke alamat:-


Setiausaha
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma
20, Taman Jaya
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah.

Sokongan dari pihak bekas pelajar sekolah ini terhadap Persatuan ini adalah amat dihargai.

Saturday, March 21, 2009

Sumbangan Derma Tabung Kebajikan Dan Pendidikan

Untuk makluman semua bekas penuntut SM Sultanah Asma, Persatuan ini telah mewujudkan Tabung Kebajikan dan Pendidikan untuk mengumpul dana bagi membiayai program kebajikan dan khidmat masyarakat yang dijalankan oleh persatuan. Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah program ini ialah Klinik Sehari melibatkan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat percuma kepada masyarakat di kawasan PPRT di luar bandar, memberi bantuan kepada mangsa banjir serta mangsa tsunami. sumbangan dalam bidang pendidikan termasuklah bantuan kepada pelajar miskin, hadiah kepada pelajar cemerlang, sumbangan untuk peningkatan pengajaran pembelajaran seperti tajaan akhbar New Straits Times di beberapa buah sekolah menengah serta bantuan untuk aktiviti kokurikulum sekolah seperti sumbangan kepada pasukan pancaragam.

Sebagai salah satu usaha untuk mengisi Tabung Kebajikan Dan Pendidikan, Persatuan ini ingin memohon kemurahan hati bekas-bekas pelajar agar dapat menyumbang RM10.00 seorang kepada tabung ini. Diharap rayuan untuk mendapatkan sumbangan ini diterima positif oleh bekas-bekas pelajar. semoga sumbangan RM10.00 dari bekas-bekas pelajar akan membolehkan program kebajikan dan khidmat masyarakat dapat dikendalikan secara berterusan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma.

Sumbangan melalui cek hendaklah ditulis atas nama " Persatuan Bekas Pelajar SM Sultanah Asma" dan dikirimkan ke alamat berikut:-

Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma
20, Taman Jaya
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah.

Terima kasih.
Hajah Nasriah Hj Maghribi
Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma

Senarai AJK Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA (2009-2010)

Penaung : Ke Bawah DYMM Tuanku Sultanah Hajah Haminah bt. Hj. Hamidun.DK (Kedah). Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.


Pengerusi : Cik Hajah Nasriah bt. Hj Maghribi
Naib Pengerusi : Datin Siti Faridah bt. Ismail
Setiausaha : Pn Hajah Che Hasnah bt Abdullah
Pen. Setiausaha : Cik Hajah Sharifah Munirah bt. Syed Ahmad
Bendahari : Pn Rokiah bt Saad


Ahli-ahli Jawatankuasa :

Pn Hajah Jamilah bt Isa
Pn Hajah Che Sam bt Salleh
Pn Azizah bt Abdul Aziz
Pn Azizah bt Ahmad
Cik Khatijah bt Hassanar
Pn Dr Fitriah bt Mohd Mahdhir
Pn Fuzeyah bt Che Long
Pn Mazlina bt Abdul Hamid
Melody Ooi
Pn Marshida bt Mokhtar
Cik Nadziatul Shazwani bt Dato' Nor Aman

Juruaudit : Cik Monirah bt Saad
Pn Ajimilah bt Nyak Hussain

Wakil-wakil Daerah :
Kuala Lumpur : Dato' Rahmah bt Abd Hamid
Kuala Muda : Dr. Aishahtul Radziah bt Lebai Hussain
Yan : Pn Fauziah bt Omar
Baling : Pn Azizah bt Mohd Noor
Kulim : Pn Siti Faridah bt Md Noor
Seberang Perai : Pn Norpiah bt Walad

Selamat Datang ke Blog Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA

Selamat Datang diucapkan kepada semua bekas pelajar Sekolah Perempuan Kampong Baharu dan juga semua bekas pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma. Hari adalah hari bersejarah bagi kita semua bekas pelajar kerana Persatuan kita kini telah mempunyai blog rasmi di mana semua aktiviti dan mesyuarat akan di maklumkan kepada semua ahli melalui blog ini. Sekian. Harap maklum.