Saturday, December 29, 2012

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar SMSA kali ke 23

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke 23 pada hari Sabtu 9hb Mac 2013, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Sultanah Asma.

Semua ahli persatuan di jemput hadir. Yang belum menjadi ahli boleh juga membuat pendaftaran pada hari tersebut. Kedatangan anda semua adalah amat dialu-alukan.

Monday, December 10, 2012

Keputusan Pertandingan Menulis Esei


KEPUTUSAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI
SAMBUTAN ULANG TAHUN KBGS/ SM SULTANAH ASMA KE 90

A.     Nama-Nama Pemenang Hadiah Kategori Menengah Rendah,

Tempat Pertama  Sh Maliha bt Syed Ikhsan   
Tempat   Kedua  Siti A’isyah bt Mohd A’sri  
Tempat   Ketiga  Nor Athirah bt Mohd Tahir 
                             
B.      Nama-Nama pemenang Hadiah Kategori Menengah  Atas             

Tempat Pertama   Aina Rusydina bt  Ahmad Raji 
Tempat Kedua     Siti Syahirah bt Abd. Manan  
Tempat Ketiga    ‘Ain Suraiya bt Roslee 

C.      Nama-Nama  Pemenang Hadiah Kategori Bekas Pelajar dan Warga ASMA

Tempat Pertama  Farah Wahida bt Mohamad  
( Pada ketika ini  Farah Wahida sedang mengikuti kursus perubatan di University College Cork, Ireland, United Kingdom. Tahun Kelima –Tahun Akhir)
 Tempat Kedua  Tunku Maziah bt. Dato’ Tunku Mokhtar
Tempat Ketiga    Hajah Nasriah bt. Hj. Maghribi

Thursday, December 6, 2012

Majlis Kacau Bubur Syura

Satu majlis kacau bubur syura akan diadakan sebagai acara tahunan kita pada hari Sabtu 8hb Disember 2012, jam 8.30 pagi, bertempat di rumah Datin Che Hasnah, Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah. Semua di jemput hadir terutama yang berada di kawasan sewaktu dengannya:). PM Kak Dini for the full address untuk yang dapat menghadirkan diri. Harap maklum.

Wednesday, July 18, 2012

Kad Majlis Jamuan Sempena 90 tahun SMSA sudah mula dijual.




Nama-nama yang boleh dihubungi untuk pembelian kad:-


Dato’ Rahmah bt. Abd. Hamid 012 3062105
Datin Salha bt. Saidin 013 3650351
Puan Roslina bt. Saidin 017 3584509
Sh. Fuziah bt. Syed Abdullah 012 2776401
Dr Zalilah bt. Abd Aziz 019 2339327
Datin Azizah bt. Abd. Hamid 012 2076755
Nur Azah bt Noordin 019 2706003
Najmi Md Zain 016 3271922

Datin Che Hasnah bt Abdullah 019 4410178
Puan Rokiah Saad 013 4413400
Puan Noordini Md. Noor 019 5054696
Nasriah Hj. Maghribi 019 3677116

Wednesday, April 18, 2012

Sekitar Hari Anugerah Cemerlang SMKSA

Klik link di bawah untuk melihat gambar-gambar di sekitar hari anugerah cemerlang 2012:-

http://bit.ly/anugerahcemerlang

Thursday, January 26, 2012

Gambar AJK Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA 2011/2012




Barisan Duduk di Hadapan Dari Kiri

Datin Hjh Che Hasnah bt. Abdullah, Hjh Nasriah bt.Maghribi, Datin Hjh Siti Faridah Ismail, Hjh Rokiah bt. Saad

Barisan Berdiri di Belakang Dari Kiri

Hjh Fuzeyah Che Long , Hjh Mariam Bt Abd. Rahman, Mazlina bt. Abdul Hamid, Wan Nor Iza bt Wan Yahaya, Hjh Khatijah bt. Hassanar, Hjh Azizah bt. Abd. Aziz, Hjh Monirah bt Saad, Hjh Faridah bt Din, Hjh Azizah bt Ahmad, Noordini Bt Md Noor

Monday, January 16, 2012

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar SMSA kali ke 22



Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke 22 pada hari Sabtu 11hb Februari 2012, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sek. Men. Sultanah Asma.

Semua ahli persatuan di jemput hadir. Yang belum menjadi ahli boleh juga membuat pendaftaran pada hari tersebut. Kedatangan anda semua adalah amat dialu-alukan.

Thursday, January 5, 2012

PERTANDINGAN MENGARANG ESEI CITRA ASMA SEMPENA SAMBUTAN 90 TAHUN SMSA (1922-2012)

Satu pertandingan Menulis Esei dan Skrip Drama telah dilancarkan sempena Sambutan Ulangtahun ke 90 KBGS/SMSA yang akan disambut pada tahun ini. Sehubungan itu Persatuan Bekas Pelajar SM Sultanah Asma mempelawa mereka yang memenuhi syarat-syarat pertandingan untuk menyertai pertandingan tersebut. Hadiah lumayan menanti pemenang seperti berikut:-

HADIAH untuk Esei

Kategori Pelajar Menengah Rendah:
PERTAMA:
Wang Tunai RM500.00
Sijil Penghargaan

KEDUA:
Wang Tunai RM300.00
Sijil Penghargaan

KETIGA:
Wang Tunai RM200.00
Sijil Penghargaan

Kategori Pelajar Menengah Atas:
PERTAMA:
Wang Tunai RM800.00
Sijil Penghargaan

KEDUA:
Wang Tunai RM500.00
Sijil Penghargaan

KETIGA:
Wang Tunai RM300.00
Sijil Penghargaan

Kategori Bekas Pelajar/Staf:
PERTAMA:
Wang Tunai RM1,000.00
Sijil Penghargaan

KEDUA:
Wang Tunai RM 800.00
Sijil Penghargaan

KETIGA:
Wang Tunai RM 500.00
Sijil Penghargaan

HADIAH untuk Sayembara Menulis Skrip Drama
􀂾 1 x Hadiah Pertama : RM5,000.00

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:-

PERADUAN MENGARANG ESEI CITRA ASMA (1922-2012)

LATAR BELAKANG
Peraduan ini dikenali sebagai Peraduan Mengarang Esei Citra Asma (1922-2012) sempena sambutan ulang tahun SMK Sultanah Asma ke-90 tahun.
Terdapat tiga kategori dalam peraduan ini, iaitu Kategori Staf dan Bekas Pelajar serta dua Kategori Pelajar (menengah rendah, menengah atas).

OBJEKTIF
(i) Meningkatkan kemahiran warga SMK Sultanah Asma mengungkapkan buah fikiran yang bernas melalui penulisan dalam bahasa kebangsaan yang baik dan bermutu.
(ii) Menggalakkan warga SMK Sultanah Asma menggunakan bahasa kebangsaan dengan betul, bermutu dan berkesan dalam penulisan.
(iii) Membentuk tabiat membaca dan menimba ilmu selaras dengan usaha untuk melahirkan masyarakat bestari.
(iv) Memupuk rasa megah dan kecintaan terhadap sekolah yang telah berjasa dalam melahirkan ramai srikandi bangsa.

SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar SMK Sultanah Asma iaitu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 Atas, semua staf dan bekas pelajar SMK Sultanah Asma.

2. Penyertaan boleh secara individu atau kumpulan.

3. Setiap peserta atau kumpulan dibenarkan menghantar lebih daripada satu esei dengan tajuk yang berlainan tetapi hanya layak menerima satu hadiah sahaja bagi esei yang terbaik.

4. Peserta bebas memilih mana-mana tajuk yang disediakan oleh urus setia. Sila senaraikan rujukan sekiranya maklumat dirujuk kepada mana-mana sumber.

5. Semua esei mestilah karya asli dan ditulis dalam bahasa Malaysia.

6. Isu sensitif yang menyentuh sentimen agama, budaya, kaum atau orang perseorangan tidak dibenarkan sama sekali.

7. Panjang esei:
Kategori Staf dan Bekas Pelajar: 1500 hingga 2000 patah perkataan.
Kategori Pelajar Menengah Atas: 800 hingga 1000 patah perkataan.
Kategori Pelajar Menengah bawah: 300 hingga 500 patah perkataan.

8. Esei yang dikemukakan mestilah ditaip bersih, sebelah halaman A4, langkau dua baris dengan saiz fon 12 dan berhuruf Times New Roman. Judul esei hendaklah ditaip pada halaman hadapan esei.

9. Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang rasmi (atau fotostat) yang diedarkan oleh pihak urus setia peraduan. Borang penyertaan boleh di dapati menerusi email. Emailkan ke alumniasma@gmail.com dengan tajuk borang esei atau borang skrip drama dan borang akan dihantar terus ke email anda. Tanpa borang penyertaan, pihak urus setia berhak menolak esei yang dihantar.

10. Esei yang tidak memenuhi syarat peraduan dianggap tidak layak dan akan ditolak.

11. Semua esei yang dihantar tidak akan dikembalikan.

12. Semua esei hendaklah sampai kepada urus setia peraduan selewat-lewatnya pada 30 April 2012.

13. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.

14. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan semula mana-mana esei yang dihantar dalam apa-apa jua bentuk, mengikut budi bicara penganjur. Hak cipta untuk semua esei yang terpilih akan dipegang oleh Persatuan Bekas Pelajar SM Sultanah Asma.

15. Keputusan panel penilai adalah muktamad dan sebarang aduan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

TAJUK ESEI
Tema yang ditetapkan ialah: SMK Sultanah Asma - Pusat Pembinaan Modal Insan
Anda bebas memberikan tajuk esei asalkan relevan dengan tema tersebut. Berikut disenaraikan tajuk sebagai contoh:
(i) SMK Sultanah Asma: Sekolah Unggul dan Terbilang.
(ii) Ke arah Melestarikan Kecemerlangan SMK Sultanah Asma Bertaraf Dunia.
(iii) SMK Sultanah Pusat Pembinaan Srikandi Bangsa.
(iv) SMK Sultanah Asma Sekolah Kebanggaan Negeri Jelapang Padi.
(v) SMK Sultanah Asma Berkembang Seiring Tranformasi Pendidikan Negara.
(vi) Tradisi dan Budaya Asma Merintis Kecemerlangan.
(vii) Sekolahku gah akademik, tersohor koakademik.
(viii) Peranan alumni dalam menjayakan visi dan misi SMK Sultanah Asma.
(ix) Tradisi Kepimpinan berkarisma memacu kecemerlangan SMK Sultanah Asma.
(x) Waris Sepakat Prestasi Sekolah Meningkat.


Hantarkan Penyertaan anda kepada:
Urus Setia Peraduan Mengarang Esei Citra Asma (1922-2012),
Persatuan Bekas Pelajar Kampong Baharu Girls School/ SM Sultanah Asma,
d/a SMK Sultanah Asma,
Jalan Langgar,
05460 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Hajah Nasriah binti Haji Maghribi
Tel.: 013-4171474

SAYEMBARA MENULIS SKRIP DRAMA ASMA

LATAR BELAKANG
Sayembara ini dikenali sebagai Sayembara Menulis Skrip Drama Asma sempena sambutan ulang tahun SMK Sultanah Asma ke-90 tahun (1922-2012).
Peraduan ini terbuka kepada semua pelajar dan bekas pelajar SMK Sultanah Asma serta orang awam.

TEMA
Peserta boleh memilih mana-mana tema seperti yang berikut:
􀂾 Sejarah sekolah
􀂾 Nostalgia atau memorabilia
􀂾 Peristiwa sekolah
􀂾 Hubungan warga sekolah
􀂾 Perkembangan sekolah
􀂾 Kejayaan sekolah
􀂾 Budaya sekolah
􀂾 Alma mater
􀂾 Futuristik sekolah
􀂾 Kekeluargaan
􀂾 Keunggulan sekolah.

* Penulis skrip digalakkan memasukkan unsur-unsur keunikan SMK Sultanah Asma dalam karya yang dihantar.

SYARAT PENYERTAAN

1. Panjang manuskrip bagi skrip drama adalah dalam lingkungan 15,000 hingga 25,000 patah perkataan untuk pementasan selama 60 minit.

2. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka
dengan jarak langkau dua baris.

3. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.

4. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.

5. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum
pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.

6. Sekiranya karya yang dihantar itu ternyata diciplak, penyertaan akan terbatal
dengan serta-merta. Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah tersebut perlu
dipulangkan semula kepada penganjur.

7. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan semula mana-mana skrip yang dihantar dalam apa-apa jua bentuk, mengikut budi bicara penganjur. Hak cipta untuk semua skrip yang terpilih akan dipegang oleh Persatuan Bekas Pelajar SM Sultanah Asma.

8. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9. Setiap skrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang
penyertaan dan CD skrip.
.
10. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau
pada tarikh tutup peraduan, iaitu 31 Mac 2012 dan dihantar kepada
alamat yang berikut:


Urus Setia,
Sayembara Menulis Skrip Drama Asma (1922-2012)
Persatuan Bekas Pelajar Kampong Baharu Girls School/SM Sultanah Asma,
d/a 36, Jalan Setia Bistari,
Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel. : 012-3062105
Faks : 03-77847636
E-mel : rahmah.hamid77@yahoo.com