Saturday, October 16, 2010

Lawatan Ke Pantai Timur

Dengan ini dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar SMSA akan menganjurkan lawatan ke Pantai Timur ( Terengganu dan Kelantan ) di antara 14hb Disember ke 17hb Disember 2010. Bayaran yang dikenakan ialah RM300 seorang untuk tambang dan penginapan bagi 2 orang sebilik termasuk sarapan pagi. Semua ahli Persatuan adalah dijemput menyertai lawatan ini. Tempat adalah terhad iaitu seramai 40 orang sahaja. Daftarlah segera supaya tidak terlepas peluang ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 10hb November 2010. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Kak Kiah di talian 013-4413400 atau Cik Nasriah di talian 013-4171474 untuk tempahan. Harap maklum.

Saturday, October 9, 2010

Raya Get Together


Dengan izin Allah “ Raya Get Together “ iaitu perjumpaan Hari Raya Aidilfithri anjuran Persatuan Bekas Pelajar KBGS/ SMSA telah berlangsung dengan selamatnya pada petang Ahad 18hb September 2010 di Cafe’ Hotel Sri Malaysia, Alor Star. Seramai 175 bekas pelajar ASMA hadir di perjumpaan ini. Memandangkan majlis ini dirancang untuk 200 orang, kehadiran seramai itu cukup memberangsangkan. Maklumat mengenai aktiviti ini telah dihebahkan kepada bekas pelajar ASMA pada awal bulan Ramadhan, kira-kira dua bulan sebelum majlis berkenaan diadakan, melalui surat dan juga di laman blog alumniasma.blogspot.com. Tetapi seperti biasa ramai yang ambil sikap tunggu dan lihat. Jadi di peringkat awal sambutan nampaknya agak dingin; malah pada tarikh yang dimaklumkan sebagai tarikh akhir penyertaan iaitu pada 30hb Ogos, sekadar 50 orang sahaja yang telah mendaftar. Walau bagaimanapun pendaftaran penyertaan mula meningkat selepas Hari Raya Aidilfitri. Ada juga yang mendaftar melalui telefon di saat-saat akhir. Walaupun ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kesulitan dari segi persiapan, jawatankuasa terus juga menerima mereka atas semangat kesetiakawan sesama rakan ASMA dan juga semangat Aidilfitri.


Yang hadir pada hari itu terdiri dari berbagai peringkat umur. Sekali lagi, Puan Hjh. Asiah Abd Hamid mencuri perhatian. Walaupun dengan bertongkat dan pergerakan yang agak perlahan, kehadiran Puan Hjh. Asiah nyata mencerminkan semangat serta komitmennya untuk menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh alumni ASMA. Beliau adalah rakan kita yang paling senior yang ada di majlis ini. Dari segi kehadiran juga didapati bilangan yang hadir dari batch yang tertentu agak ramai kerana initiatif yang diambil oleh bekas pelajar ASMA dari kumpulan itu untuk menggalakkan rakan-rakan sebaya turut serta di majlis ini. Di antara yang hadir terdapat juga mereka yang menghadiri aktiviti alumni untuk pertama kali. Kehadiran mereka tentunya sangat dialu-alukan kerana ia dapat meluaskan jaringan perkenalan dan persahabatan di antara bekas pelajar ASMA.


Aturcara majlis “Raya Get Together” dimulakan dengan pendaftaran kehadiran pada jam 2.30 petang. Beberapa urusan berlangsung pada sesi pendaftaran. Ruang Legar Hotel Sri Malaysia agak sibuk dan penuh sesak dengan rakan-rakan bekas pelajar ASMA. Ada yang nak jelas bayaran penyertaan jamuan, ada yang belum jadi ahli nak daftar jadi ahli. Ada juga yang belum jelas yuran keahlian tahunan, nak jelas yuran tahunan. Ada juga jualan pelekat kereta untuk isi tabung persatuan. Gamat juga keadaannya. Maklumlah bila bertemu rakan-rakan yang telah sekian lama tak berjumpa; suasananya tentu penuh dengan excitement, macam-macam yang nak dicerita.


Selesai pendaftaran, semua hadirin memasuki Dewan Café untuk menikmati jamuan. Pelbagai jenis makanan dari Menu Syawal Hotel Sri Malaysia telah dihidangkan. Kuantitinya pula memang banyak; makanan cukup “ jenoh” kata orang Kedah. Komen ramai menyatakan makanan yang dihidang rasanya sedap. Pujian dan terima kasih kepada Pengurusan Hotel Sri Malaysia Alor Star.Waktu makan diselingi dengan penceritaan kisah-kisah yang menjadi kenangan semasa persekolahan oleh beberapa orang bekas pelajar ASMA. Kisah-kisah yang dikongsi sungguh menarik dan ada yang telah menimbulkan gelak ketawa. Di samping itu ada juga aktiviti Cabutan Bertuah. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada beberapa orang bekas pelajar ASMA serta sahabat-sahabat Persatuan Bekas Pelajar yang telah sudi menaja hadiah-hadiah bagi menjayakan aktiviti ini. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya memenangi hadiah-hadiah yang disediakan.


Perjumpaan “Raya Get Together” berakhir pada jam 5.30 petang. Sepanjang tempoh majlis ini berlangsung mereka yang hadir telah memenuhi masa berbual-bual dengan rakan-rakan lama yang jarang-jarang dapat ditemui. Mereka berbual sejak mula tiba, terus pada waktu makan sehingga selesainya majlis. Sememangnya tujuan perjumpaan ini dianjurkan bagi membolehkan rakan-rakan bekas pelajar ASMA berjumpa teman-teman lama dan mengukuhkan silaturrahim di antara mereka dan meluaskan jaringan kenalan dan persahabatan dengan mereka dari alumni yang sama. Majlis “Raya Get Together” mencapai hasrat ia diadakan. Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua bekas pelajar ASMA yang telah meyertai perjumpaan kita. Sokongan dan penyertaan rakan-rakan sekelian telah menjayakan majlis “Raya Get Together” kita. Semoga kita dapat bertemu pula pada reunion yang lain di masa hadapan.


Nukilan rasa:-
Cik Nasriah Maghribi
Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA











Saturday, July 24, 2010

Perjumpaan “Raya Get Together”.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Perempuan Kampong Baharu/ Sekolah Menengah Sultanah Asma akan mengadakan perjumpaan Hari Raya sempena Hari Raya Aidil Fitri 1431 . Butir-butir lanjut perjumpaan ini adalah seperti berikut:


Tarikh :18 September 2010
Hari : Sabtu
Jam : 2.30-5.30 petang
Tempat: Café Hotel Seri Malaysia, Alor Star
Bayaran: RM 20.00


Semua AHLI Persatuan Bekas Pelajar KBGS/ SM Sultanah Asma dijemput untuk menyertai perjumpaan ini. Mereka yang ingin turut serta bolehlah menghubungi mana-mana ahli jawatankuasa yang disenaraikan di bawah untuk pembelian kad mulai tarikh 6hb Ogos hingga tidak lewat daripada 30hb. Ogos 2010.

1. Nasriah Hj. Maghribi - 019 3677116
2. Datin Siti Faridah Ismail - 012 4723320
3. Datin Che Hasnah Abdullah - 019 4410178
4. Monirah Saad - 019 4163300
5. Pn. Rokiah Saad - 013 4413400
6. Pn. Fuzeyah Che Long - 017 4893152
7. Pn. Azizah Ahmad - 019 5642809
8. Pn. Che Sam Salleh - 012 2831622
9. Sh. Munirah Syed Ahmad - 012 4558821
10. Khatijah Hassanar - 012 4233347
11. Pn. Azizah Aziz - 019 4501202
12. Pn. Noordini Md. Noor - 012 4751462
13. Dr. Fithriah Mahdzir - 012 5677558
14. Pn. Hafdzah Ahmad - 012 4941637
15. Pn. Mazlina Abd. Hamid - 013 5901580



Persatuan amat mengalu-alukan penyertaan puan-puan bagi menjayakan perjumpaan ini. Semoga perjumpaan ini akan memberi kesempatan untuk kita bertemu serta beramah mesra sesama kita.


Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

Yang benar,

Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA

Wednesday, May 26, 2010

Klinik Sehari di KEDA Kg. Bukit, Pokok Sena.

Pada tanggal 8hb Mei 2010, Persatuan telah menjalankan aktiviti tahunan klinik sehari di Keda Kampong Bukit, Pokok Sena. Seramai 150 orang warga Keda terdiri daripada kaum lelaki dan wanita serta kanak-kanak di beri perkhidmatan kesihatan dan ubat-ubatan percuma daripada doktor-doktor, jururawat dan pembantu farmasi yang terdiri daripada bekas pelajar. Persatuan juga di bantu oleh doktor-doktor, jururawat dan pembantu farmasi dari Hospital Sultanah Bahiyah. Persatuan ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang di berikan.


Ceramah motivasi juga telah diadakan untuk pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di sebelah pagi. Ceramah disampaikan oleh Puan Hjh Che Hasnah sementara ceramah motivasi untuk para ibu diberikan oleh Cik Hjh Nasriah iaitu Pengerusi Persatuan kita pada sebelah petang.

Saturday, April 24, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKSA 2010




Hari Anugerah Cemerlang SM Kebangsaan Sultanah Asma bagi tahun 2010 telah diadakan pada hari Isnin 12 April 2010. Majlis yang gilang gemilang ini telah berlangsung di Dewan Besar sekolah. Pada hari berkenaan Dewan Besar sekolah kita yang sudah berusia 54 tahun itu telah dihias indah dengan langsir serta bunga-bungaan serta lain-lain hiasan. Dewan kelihatan sungguh berseri-seri pada hari berkenaan. Tentunya guru-guru dan murid-murid telah berkorban banyak masa dan tenaga untuk membuat segala persiapan.


Seperti pada tahun-tahun lalu, VIP di majlis Hari Anugerah Cemerlang ini ialah Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Kedah. Keberangkatan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan ke Majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Sultanah Asma merupakan tradisi yang menjadi kebanggaan pelajar-pelajar SMSA dahulu dan sekarang. Biasanya Ke Bawah DYMM Tuanku Sultanah turut berangkat sama ke majlis ini, tapi dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang kali ini Ke Bawah DYMM Tuanku Sultanah tidak dapat berangkat bersama. Apabila ke Bawah DYMM Tuanku Sultan dan Ke bawah DYMM Tuanku Sultanah berangkat bersama-sama, Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan akan menyampaikan titah ucapan sementara Ke Bawah DYMM Tuanku Sultanah pula akan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang. Jadi dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan telah menyempurnakan kedua-dua tugas ia itu melafazkan titah ucapan dan juga menyampaikan hadiah-hadiah. Bilangan penerima hadiah daripada Ke bawah DYMM Tuanku Sultan berjumlah 250 orang semuanya. Pelajar terbaik dalam Peperiksaan SPM 2009 dan telah memenangi hadiah wang tunai RM 1000 daripada Persatuan Bekas Pelajar KBGS/ SMSA ialah Wan Suzzana Maria bt. Wan Ahmad Kamal. Tahniah Wan Suzzana.


Persatuan Bekas Pelajar SMSA menjunjung kasih kepada Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan di atas limpah perkenan menyampaikan hadiah-hadiah.
Selaras dengan tradisi juga, di Majlis Anugerah Cemerlang wakil alumni juga telah menyampaikan ucapan. Kali ini pihak alumni SM Sultanah Asma telah diwakili oleh Professor Dr Nor Hayati bt. Ahmad dari College Of Business, Universiti Utara Malaysia. Dalam ucapannya Dr. Nor Hayati menyentuh tentang zaman persekolahannya di SAS. Yang pastinya nama Miss Lee Paik Lin kekal dalam kenangannya sebagai guru yang amat berjasa dalam membolehkannya menguasai bahasa Inggeris. Semua X SAS yang menuntut di SAS sekitar tahun enam puluhan hingga tujuh puluhan tentu akan mengenang jasa Miss Lee. Professor Dr Nor Hayati juga, dalam ucapannya, telah mencerita tentang pengalaman pengajian dan kerjayanya selepas tamat persekolahan di SMSA yang boleh menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar SMSA hari ini dalam usaha mencapai kecemerlangan. Syabas Dr. Nor Hayati. Terima kasih kerana mewakili alumni SMSA.


Setelah selesai penyampaian hadiah Majlis Hari Anugerah Cemerlang, tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh pelajar-pelajar dengan iringan kombo SMK Sultanah Asma. Hebat sungguh bakat pelajar- pelajar SMK Sultanah Asma. Tahniah kepada Pengetua dan semua warga SMK Sultanah Asma di atas kejayaan majlis Hari Anugerah Cemerlang 2010.



HAJAH NASRIAH HJ. MAGHRIBI
Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA

















Tuesday, March 23, 2010

Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Yang ke 20


Seperti yang dijadualkan, Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar KBGS/ SMSA kali ke 20 berlangsung dengan sempurna pada 13 Mac 2010 bersamaan 27 R’awal 1431 di Bilik Mesyuarat SM Kebangsaan Sultanah Asma. Daripada 300 notis mesyuarat yang dikirim kepada ahli hanya 38 ahli yang dapat melapangkan masa menghadiri mesyuarat. Walau bagaimanapun bilangan ahli yang hadir memenuhi kehendak korum mesyuarat seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan persatuan. Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir bagi menjayakan mesyuarat agung kita. Penghargaan khas dirakamkan untuk Puan Hajah Asiah Abd Hamid seorang ahli persatuan yang cukup senior. Untuk makluman, Puan Hjh. Asiah lebih suka dengan panggilan sebagai Mak Siah. Saya lebih selesa dengan panggilan Kak Siah memandang kepada perbezaan umur di antara saya dengan dia. Beliau adalah Ahli Seumur Hidup dan bekas pelajar dari kumpulan KBGS. Dia kini berusia 80 tahun . Keadaan fizikalnya kini tidak begitu mengizinkannya untuk bergerak dengan bebas dan pantas. Beliau perlu bergantung kepada tongkat bagi membolehkannya bergerak dengan perlahan-lahan dan agak sukar baginya untuk ke tempat yang bertangga. Namun demikian kerana semangat dan ingatannya kepada persatuan beliau membuat keputusan untuk “gagah mai hadir” ke mesyuarat dengan pertolongan dari rakan-rakan ahli yang rapat dengannya. Kebetulan pula mesyuarat agung ke 20 ini telah diadakan di bangunan yang memerlukannya berjalan dari kawasan letak kereta sejauh 40 meter dan menaiki tangga. Tentu sukar baginya; namun dengan penuh sabar azam yang kuat segala kesusahan telah dilaluinya dan beliau berjaya sampai ke tempat mesyuarat bersama-sama dengan ahli-ahli yang lain. Syabas Kak Siah!


Untuk makluman semua ahli, Ahli jawatankuasa persatuan yang dipilih bagi tahun 2010-2011 sama dengan AJK tahun 2009-2010. Jadi nampaknya Jawatankuasa yang baru dipilih terdiri daripada muka-muka yang lama. Apa nak buat! Ini keputusan sebulat suara. Bukankah lebih baik jika muka-muka yang baharu dapat mengganggotai jawatankuasa supaya ada fikiran baru yang dapat membawa kelainan pada aktiviti persatuan. Lihatlah kepimpinan baru Negara kita yang telah membawa pembaharuan – model Ekonomi Baru. Ha! Ha! Ha!
Semoga pada Mesyuarat Agung di masa hadapan lebih ramai ahli dapat hadir. Kehadiran ahli-ahli di mesyuarat agung amatlah dialu-alukan supaya kita dapat sama-sama berbincang untuk kebaikan persatuan kita.


HAJAH NASRIAH HJ. MAGHRIBI
Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA










Wednesday, February 24, 2010

Notis Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar SMSA kali ke 20

Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma akan mengadakan Mesyuarat Agungnya yang ke 20 pada hari Sabtu 13 Mac 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Anjung Sultanah (old Library) Sek. Men Sultanah Asma.

Semua ahli persatuan di jemput hadir. Yang belum menjadi ahli boleh juga membuat pendaftaran pada hari tersebut. Kedatangan anda semua adalah dialu-alukan.

Seminar Kanser Pangkal Rahim (Cervix Cancer)


Satu Seminar Kanser Pangkal Rahim telah diadakan pada 10hb Februari 2010 yang lalu bertempat di SP Inn, Sg Petani, Kedah pada jam 10 pagi. Seminar tersebut adalah anjuran bersama Majlis Perbandaran Sg. Petani dan Persatuan Bekas Pelajar Sultanah Asma.






Peserta terdiri daripada staf Majlis Perbandaran Sg. Petani, ahli-ahli Puspanita Daerah Sg. Petani dan wakil-wakil dari Jabatan-jabatan sekitar Sg. Petani. Penyertaan seramai 70 orang termasuk 17 orang dari ahli-ahli Bekas Pelajar Sultanah Asma.



Seminar ini dikendalikan oleh Dr. Aishah Tul Radziah bt Lebai Hussein yang juga seorang bekas pelajar Sek. Men Sultanah Asma (Batch 1969). Aktiviti seminar ini adalah seperti berikut:-

1) Ceramah yang menyentuh mengenai kesedaran pencegahan dan immunisasi Kanser Pangkal Rahim, Panduan Gaya Hidup Sihat dan Immunisasi Suntikan Vaksin Cevarix untuk mencegah kanser pangkal rahim berkumpulan.



2) Sessi Ujian saringan Pap Smear juga diadakan.




Selepas seminar ini, bekas-bekas pelajar telah sempat bertemu dengan rakan-rakan lama terutama bekas-bekas pelajar SMSA di sekitar Sg. Petani. Seminar ini juga memberi kesempatan kepada bekas-bekas pelajar berkenalan dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sg. Petani, Puan Rozaina bt. Dato' Paduka Haji Radzi AMK,BCK yang juga merupakan seorang bekas pelajar SMSA batch 1974.




Pada keseluruhannya seminar ini telah meningkatkan pengetahuan peserta mengenai penyakit kanser pangkal rahim.



Kacau Bubur Syura

Pada 2hb Januari 2010, satu majlis mengacau bubur asyura telah diadakan di rumah Puan Che Hasnah bertempat di Jalan Stadium.









Klinik Sehari

Reserve for klinik sehari posting