Saturday, March 21, 2009

Sumbangan Derma Tabung Kebajikan Dan Pendidikan

Untuk makluman semua bekas penuntut SM Sultanah Asma, Persatuan ini telah mewujudkan Tabung Kebajikan dan Pendidikan untuk mengumpul dana bagi membiayai program kebajikan dan khidmat masyarakat yang dijalankan oleh persatuan. Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawah program ini ialah Klinik Sehari melibatkan pemeriksaan kesihatan dan pemberian ubat percuma kepada masyarakat di kawasan PPRT di luar bandar, memberi bantuan kepada mangsa banjir serta mangsa tsunami. sumbangan dalam bidang pendidikan termasuklah bantuan kepada pelajar miskin, hadiah kepada pelajar cemerlang, sumbangan untuk peningkatan pengajaran pembelajaran seperti tajaan akhbar New Straits Times di beberapa buah sekolah menengah serta bantuan untuk aktiviti kokurikulum sekolah seperti sumbangan kepada pasukan pancaragam.

Sebagai salah satu usaha untuk mengisi Tabung Kebajikan Dan Pendidikan, Persatuan ini ingin memohon kemurahan hati bekas-bekas pelajar agar dapat menyumbang RM10.00 seorang kepada tabung ini. Diharap rayuan untuk mendapatkan sumbangan ini diterima positif oleh bekas-bekas pelajar. semoga sumbangan RM10.00 dari bekas-bekas pelajar akan membolehkan program kebajikan dan khidmat masyarakat dapat dikendalikan secara berterusan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma.

Sumbangan melalui cek hendaklah ditulis atas nama " Persatuan Bekas Pelajar SM Sultanah Asma" dan dikirimkan ke alamat berikut:-

Pengerusi
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma
20, Taman Jaya
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah.

Terima kasih.
Hajah Nasriah Hj Maghribi
Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma

No comments:

Post a Comment