Sunday, March 22, 2009

Cara-cara permohonan untuk menjadi ahli Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SMSA

Semua bekas pelajar Sekolah Perempuan Kampong Baharu dan bekas pelajar Sekolah Menengah Sultanah Asma adalah layak untuk memohon menjadi ahli persatuan ini. Keahlian terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu ahli biasa, ahli seumur hidup dan ahli kehormat. Untuk menjadi ahli biasa anda dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM5.00 dan Yuran Tahunan juga sebanyak RM5.00 sementara keahlian ahli seumur hidup anda dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM5.00 dan Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM100.00 sahaja. Ahli Kehormat pula adalah terdiri daripada guru-guru yang pernah mengajar di sekolah ini.

Marilah semua warga KBGS/SMSA mendaftar menjadi ahli Persatuan sekolah tercinta kita ini. Bagi keahlian Ahli Seumur Hidup pihak Persatuan sedang bercadang untuk membuat 'badge' atau 'pin' di dada untuk memberikan sedikit keistimewaan kepada ahli yang telah memberikan komitmen seumur hidup terhadap Persatuan ini.

Borang keahlian boleh didapati melalui email di alamat: alumniasma@gmail.com. Emailkan ke alamat tersebut dengan tajuk borang keahlian dan pihak Persatuan akan mengemailkan borang tersebut kepada anda. Anda bolehlah mengembalikan borang tersebut bersama-sama yuran sama ada melalui cek di atas nama "Persatuan Bekas Penuntut KBGS/SMSA" atau wang pos ke alamat:-


Setiausaha
Persatuan Bekas Pelajar KBGS/SM Sultanah Asma
20, Taman Jaya
Jalan Langgar
05460 Alor Setar
Kedah.

Sokongan dari pihak bekas pelajar sekolah ini terhadap Persatuan ini adalah amat dihargai.

2 comments:

  1. If only kita cukup modal utk set up domain sendiri then kalo nak contribute derma terus ja masuk akaun melalui credit card atau paypal ke....hope ada bekas Asmahan yg bleh tolong dari segi ni

    ReplyDelete
  2. The committee will discuss on that. Domain isn't expensive but interative website is a bit costly so they have asked me to use the free one first.

    ReplyDelete